Sunday, August 7, 2016

Anugerah Terindah


Macam ni rupanya rasa cinta,
Dari kawan jadi teman sehidup semati,
Setiap saat kita berjauhan,
Setiap detik itu jugalah cinta kita makin menguntum,
Dua minggu terindah dalam hidup,
Sebelum terpisah ratusan batu jauhnya,
Kita sama-sama lakar memori terindah,
Yang takkan kita lupa buat selama-lamanya,
Sayang, 
Thanks for being a part of my life!

Wednesday, June 22, 2016

You, yes You.



A flower cannot blossom without sunshine, and man cannot live without love. 

:)

Friday, June 10, 2016

Masa

Kalau boleh diputarkan waktu,
Banyak benda aku nak ubah,
Namun hakikatnya tidak begitu.

Teruskan melangkah,
Mencipta sejarah baru,
Yang lebih gemilang.

Kerana,
Hari ini lebih baik dari hari semalam,
Dan bertambah baik pada hari esok.

Tuesday, May 17, 2016

:)


Walk with me. Shall we?

Saturday, April 30, 2016

25042016


Konvo last dengan classmate.

Lepas ni konvo dengan sape tah. >_<

Jom konvo sama-sama jom lepas ni! :p

Sunday, April 24, 2016

Biar Hati Berbicara


Jauh, adakah satu petanda?
Dekat, adakah satu petunjuk?

Alhamdulillah =)

Wednesday, April 13, 2016

Sendiri

Ada masa,
Kita rasa kita nak bersendirian,
Serabut dengan hiruk pikuk dunia,
Kalau boleh nak duduk dalam gua.

Ada masa,
Dengan bersendirian,
Kita lebih tenang menyantuni diri,
Agar jernih kembali emosi empati.

Ada masa,
Kita perlukan teman,
Agar hidup lebih bermakna,
Kerana di situ terbit erti hidup.

Akhirnya,
Ada sesetengah perkara,
Tak perlu kata meniti di bibir,
Tak perlu bicara senyuman terukir.

Saturday, April 2, 2016

Tik tok tik tok

Pejam celik,
Pejam celik,

Tau tau dah sampai masa...

Cepatnya masa berlalu.

Sabar jap, sikit je lagi.. :)

Saturday, March 26, 2016

250316

Walk with me.

Shall we? 

:)

Sunday, March 20, 2016

Penat Tapi Tenang

Selalunya bila penat sangat,
Mesti rasa stress, susah nak fikir rasional, rasa nak lari dari dunia, rasa nak tidur je!

Tapi ada satu benda dalam dunia ni,
Makin penat makin tenang!

Iaitu dakwah!

Penat kot buat dakwah,
Mus'ab bin Umair ketuk pintu seluruh kota Yathirb sampai menggelupas kulit tangan ingat tak penat ke?
Rasulullah dan para sahabat kepung kubu Yahudi berbulan-bulan ingat tak penat ke?
Tentera al-Fateh tarik kapal naik atas bukit ingat tak penat ke?

Penat kot...

Apalah sangat penatnya kalau nak banding hari ni.
Takat pergi meeting, buat program, buat KD.
Tu pun dah mengeluh penat.
Come on!

Tapi akhirnya kepenatan itulah yang menenangkan!
Tenang gila kot bila tengok berduyun-duyun orang datang kat kita nak kan tarbiah.

Akhirnya itulah sumbu motivasi untuk terus buat dakwah.
Macam Nabi Nuh, buat dakwah 950 tahun siang malam non stop. Penat bhai! Tapi tu lah ketenangan sebab Baginda tau apa yang Baginda buat tak lain tak buat untuk Allah. Sebab tu mampu untuk istiqamah!

Ada 1 lagi benda penat tapi tenang.

Kahwin! eh?

Tanggungjawab berat tapi kat situ juga ada sakinah. :)

Monday, March 7, 2016

Bersediakah?

1 hari nanti kita pasti diuji

Bersediakah?


Friday, March 4, 2016

Masa

Kalaulah manusia itu boleh kawal masa, 
Dah tentu porak peranda jadinya,
Ada yang ke masa silam untuk betulkan keadaan,
Ada yang ke masa depan untuk capai impian,
Akhirnya berubah sejarah kehidupan...

Kerana itu Allah didik untuk insafi masa silam,
Kerana itu juga Allah didik untuk sabar menunggu masa hadapan,
Walaupun kita sendiri tak tau kita masih hidup atau tak esok hari...

Alhamdulillah, Allah mudahkan satu per satu urusan. 
Walaupun sesetengahnya nampak macam mustahil.
Tapi tiada yang mustahil bagiNya!




Lagi cepat lagi bagus! =D

Sunday, February 28, 2016

Perfect Time

Ada masa,
Kena jadi macam tanah,
Tetap teguh, 
Sabar menanti bila tiba masa yang betul-betul sesuai untuk bertintak.

Ada masa,
Kena jadi macam air,
Walau sesukar mana ujian,
Tetap mengalir mencari ruang dan peluang untuk sampai pada matlamat.

Ada masa,
Kena jadi macam angin,
Apa pun yang berlaku,
Bertiup tenang mendamaikan suasana,
Tak selebet :p

Ada masa,
Kena jadi macam api, 
Semangat tu tak padam,
Terus marak membakar jiwa.



Tapi tak kisahlah nak jadi macam mana pun, yang penting jadi diri sendiri. Tu yang sampai bergetar lutut kat airport tu. eh? :p

Wednesday, February 24, 2016

Takut

Rasa takut tu boleh jadi nikmat boleh jadi ujian.

Nikmat kot bila ada rasa al khauf kat Allah. Sekurang-kurangnya rasa diperhati setiap masa.

Tapi boleh jadi takut juga merupakan sebahagian daripada ujian.

Takut kat benda yang tak berfaedah, benda yang sia-sia, benda yang tak perlu pun takut sebenarnya.

Hmm bila benih mula bertunas, takut sebenarnya dia tak jadi bunga yang kembang menguntum mekar, tapi jadi pokok kaktus yang melukakan tangan sendiri dan orang sekeliling.

Akhirnya syaitan mula membisik dengan bisikan yang pelik-pelik untuk hancurkan perjalanan ini. Sebab tu saling percaya itu perlu, di situ ada kekuatan.

Takut la jugak lagi 2 3 hari ni.

Sunday, February 21, 2016

T____T

Eeeeee sukati laaaa nak letak bintang ke rumput ke belalang ke.

Ingat senang ke nak acah acah puitis.

Yela yela bagai sorang jadi bulan sorang jadi pungguk. Barulah..... Haha :p

Ok cover sikit senyum, sampai sini nampak.

See u this weekend!

Nasib baik la takde orang tau kewujudan blog ni. Boleh tulis sesuka hati haha

Saturday, February 20, 2016

On Time

Sebenarnya memang sejak azali lagi selalu awal kalau nak buat apa-apa.

On time means late!

Jadi kat situ je dah belajar susun jadual sebab sekarang ni jadual makin sibuk, kalau tak susun masa betul-betul... Alahai ruginya rasa masa yang terbuang tu...

Memang la gaya ala-ala gentleman siap pakai suit, kemas, rambut sikat tepi bagai, tapi tak bermakna tak boleh pakai round neck t-shirt selipar jepun.

Bajet-bajet macho pun selalu kena sound dengan ibu sebab asyik tersenyum je pagi petang siang malam. ehe..

Maksudnya bulan pun kadang kala memerlukan bintang sebagai teman. Perbezaan bulan dan bintang tu lah yang membuatkan malam terasa sangat indah. :)

Wednesday, February 17, 2016

Friends

Sometimes we have a friend and we sense that our souls are very closely connected.
We know that the connection is above time and space.
We know that wherever we are in our lives we will always remain friends.
Even if we do not see each other for years we are able to pick up right where we left off.
This what people mean when they say friends forever.
Thanks for being besides me going through hardship times. :)

Sunday, February 14, 2016

Sehari Macam Setahun

Masa zaman baru nak up dulu, memang pantang jumpa microphone dengan pentas.

Seronoknya kalau dapat jadi EMCEE waktu perhimpunan sekolah dulu. Rasa macam superstar. Eh?

Tapi bila mula serius dengan tarbiah,

Tinggalkan segala-galanya kat belakang. Langung tak nak berpaling dah.

Tempoh bertenang kat Segamat.

Tak jumpa dunia sangat pun waktu tu. Jumpa monyet panjat kolej curi baju je lah.

Waktu tu bukan takat tak boleh beramal langsung, siap kena 'dera' lagi. Nasib ah dapat naqib yang 'zalim tapi super osem!'

Pengalaman kena dera macam mana? Fuh tersangatlah menyayat hati.

Rupa-rupanya dia nak siapkan untuk hari ini.

Teringat Sheikh Ahmad Yassin punya usrah bagitau kat anak-anak buah dia, kau akan jadi Presiden Palestin, kau akan ketuai Briged al-Qassam, kau akan jadi most wanted Israel. Last-last memang jadi sungguh!

Entah macam mana, boleh terjebak dengan PEMBINA, mula-mula tu kononnya nak jadi budak baik. Akhirnya jadi pimpinan juga. Meeting memang wajib ahhh

Bila naik jadi JKP pun makin berat tanggungjawab, makin bergaul dengan orang-orang hebat, makin terserlah kepimpinan.

Alhamdulillah atas lantikan ini.

By the way, nak ikat bawa masuk meeting tu serius okeyyy. Wait n see :p

Thursday, February 11, 2016

Tarbiah

Menang atau Syahid

Allah...

Tahan sikit je lagi.

Tuesday, February 9, 2016

Bicara Kata

Tak perlu terungkap kata-kata untuk menyampaikan apa yang tersirat di hati.

Kerana akhirnya diri sendiri sudah cukup dewasa untuk memahami apa yang terbuku di kalbu.

Walau tanpa sepatah bicara.

Tinggal tunggu masa untuk diluahkan segalanya.

Bersama seribu persoalan bersulamkan sebuah penantian.

Amanah dan tanggungjawab sedia menanti di depan untuk dipikul.

Sudah bersediakah aku?

Dalam detik waktu yang masih tersisa ini.

Moga Allah gerakkan kudrat di tubuh.

Untuk membina bahtera yang akhirnya mampu berlayar menuju negeri akhirat.

Dengan segala kelemahan yang ada.

Kaki terus melangkah.

Allah, permudahkanlah segala-galanya.....


**Ambik mood tulis next buku, tajuk dia Rindunya Kawad Kaki! T___T

Friday, February 5, 2016

Hari Paling.....

1.45 AM

Baru habis meeting. Phew

Esok pagi start program sampaiiiiiiiiiiiilahhhhhh Sabtu depan!

Dah rasa macam on call. Eh?

Petang tadi berdebar dia macam nak amik SPM. Fuuuhhh

180 + 180 = 360

Ok lah kan 2 orang yang terbalik tu jadi 360 darjah.

Haa ok tak cover? :D

Monday, February 1, 2016

Pilihan

Dulu waktu kat Segamat, murabbi pernah tinggalkan sorang-sorang tepi highway masa nak pergi mukhayam.

Mau tak rasa nak menagis bila kena tinggal tepi highway PLUS.

Rupanya dia nak ajar untuk letakkan pergantungan secara total kat Allah.

Hasilnya, kena campak sorang-sorang kat Segamat tu pun mampu maintain tarbiah, mampu buat dakwah.

**********

Baru seminggu balik Shah Alam.

Kena panggil meeting sana sini.

Timing belt kereta putus tengah highway PLUS masa nak pergi Bangi.

Waktu tengah malam, on time bateri fon kong pula tu.

Terbaik ah 2 kali terkandas tepi highway.

Rupanya Allah nak ajar supaya kita rapat dengan dia dalam apa-apa keadaan.

Hasilnya, meeting tiap hari pun tak terasa  penat sebab kita tau kita meeting program bagai semata-mata untuk bina umat.

Hmm kadang-kadang tu memang rasa penat, rasa down, rasa futur, rasa lost dan sebagainya. As long as ada Dia bersama kita, insyaAllah all is well!

**********

Begitu juga pilihan yang ada dalam hidup.

First thing first, menangkan Allah dalam setiap pilihan yang kita nak buat.

Sebab tu kadang-kadang, stuck kat nak buat pilihan. Sampai berbulan lamanya pun ada juga. Hmm.

Tapi akhirnya Allah lah yang bantu kita untuk buat pilihan yang akhirnya memenangkan Dia dan agama.

Dan kerana itu lah aku memilih apa yang aku pilih sekarang.

22 : 70

Thursday, January 28, 2016

Aktivisme

Kadang-kadang rasa tak layak duduk sebaris dengan barisan pemuda yang terlalu hebat.

Rasa rendah diri tu tetap ada.

Berada dalam posisi tertinggi sebuah NGO belia bukan satu perkara yang boleh buat main.

Ya Allah susahnya buat polisi aktivisme ni.......

I put my life on this!

Fuh fokus Qam fokus! You can do it!

Besar taruhan ni...

Makin Tua

Officially 24 years old.

Alhamdulillah masih bernyawa.

Makin tua.
Makin banyak tanggungjawab.
Makin sibuk.
Makin dewasa.
Makin matang.
Makin berisi (?)


Pagi tadi dapat berita informal yang buat rasa nak jatuh rahang. Gugur jantung. Tak senang duduk. Sigh...

Ceh penat je cover innocent semalam.

Kembali semula ke alam realiti dengan sembang pasal dakwah dengan ikhwah. SOP Aktivisme yang tergendala sampai lost disebabkan cuti 2 minggu akhirnya dapat balik momentum. Fuh puas!

Tiba-tiba Ustaz Fauzi mesej seru suruh jumpa dia kat pejabat ISMA. Selalunya bila kena seru ni tanda nak turun wahyu.

Kena basuh dekat 2 jam. Hati ke hati. Man to man. Hambekkk

Taujihat mengenai pengurusan hidup, pengurusan keluarga, pengurusan emosi, pengurusan masalah.

Alhamdulillah. Walaupun sampai nangis-nangis kena sentap, nampak dah jalan yang kena lalu.

Esok hari last kerja, cuak juga nak langkah untuk hari-hari esok. Besar keputusan nih.

Kerjaya, pelajaran, keluarga, disiplin amal, baitul muslim (?)

Moga Allah permudahkan segala-galanya. Dah ready insyaAllah.

Sejak dua menjak ni asyik tersengih sorang-sorang sambil tepuk dahi. Adeh~

Dan oh ya,,, syukran!

Saturday, January 23, 2016

Lost

Seminggu masuk hospital
Seminggu rehat kat rumah
2 minggu beku amal beku tarbiah

Phew bertimbun juga kerja tergendala

Datang pula macam-macam unexpected things

Sudahnya jadi blur tak tau nak buat apa.

Adehhhh

Friday, January 22, 2016

Bahagia

Dalam kekalutan mencari pelbagai keputusan sebuah perjalanan hidup,
Tiba-tiba Dia tiupkan rasa ketenangan,
Adakah ini sebuah kebahagiaan?